header

Thoughts & Tips

Kisah Benar #001 - Mutual Understanding Is Essential

December 23rd, 2009 by Aziel Azhar | 5 Comments

Kisah Benar #001 - Mutual Understanding Is Essential

Jarang kami mahu berkongsi kisah benar berkaitan dengan kerja kami di sini, kerana kami seboleh mungkin tak mahu dikatakan meraih populariti dengan himpunan kisah-kisah benar yang adakalanya boleh memburukkan orang lain. Namun, kali ini kami rasa ini sangat perlu, setidak-tidaknya boleh dijadikan peringatan kita bersama, khususnya rakan-rakan seperjuangan dalam industri ini yang masih terkial-kial seperti kami. Sila bersiap sedia, kerana bila Aziel sudah mula menulis kisah benar, takut nanti anda sakit belakang duduk di kerusi sebab lama sangat nak habis baca:mrgreen:.

Nama Cherita Pictures memang tidak segah nama-nama lain dalam industri ini. Setakat ini, walaupun kami cuba photographer cabuk yang punya ‘ofis bergerak’ ke sana ke mari, tapi kami cuba sedaya-upaya menjalankan urusniaga kami dengan etika sepatutnya. Kami tidak pernah dan tidak akan menganggap sebuah tugasan adalah official/agreed selagi tidak ada dokumen yang ditandatangani antara kedua belah pihak - klien dan Cherita Pictures.

Pandanglah kami secabuk gerai yang berniaga di tepi jalan, yang lokasinya boleh ditolak ke sana ke mari, yang tidak sehebat restoran berkerusi empuk dan berhawa dingin, tapi kami tidak sewenang-wenangnya mengambil wang anda tanpa sebab dan tanpa persetujuan yang rasmi. Petang ini saya terpanggil untuk menulis pengalaman ini, yang mana ia mungkin bukan pengalaman pertama dan terakhir kami, tapi setidak-tidaknya dapat kita kongsi bersama dan jadikan panduan. Kami bukanlah sifu, jauh sekali mentor, dan kami tidak minta disanjung atau dikagumi. Cuma berharap dapat menyumbang sedikit untuk ubah persepsi masyarakat bahawa hanya yang gah dan dikagumi sahaja boleh didengar segala katanya, yang lain-lain tu cuma untuk dipijak dan ‘digula-gulakan’.

Entry kali ini berkaitan dengan sebuah assignment yang tidak pernah kami kongsikan di website ini mahupun di mana-mana supporting gallery kami yang lain. Beberapa bulan lepas, kami dihubungi oleh seorang pegawai yang mewakili sebuah institusi pendidikan, meminta kami memberikan quotation untuk sesi gambar berkumpulan - pelajar salah sebuah jabatan kolej tersebut bersama kakitangan. Seperti yang biasa kami lakukan untuk tugasan seperti ini, mula-mula kami nyatakan secara lisan sebut harga untuk kos bagi setiap 1 keping gambar yang akan di print untuk setiap pelajar berkenaan. Untuk pengetahuan anda, untuk tugasan tersebut, kami tidak mengenakan caj mengikut jumlah jam bekerja, sebaliknya kami mengenakan caj mengikut bilangan print yang diperlukan.

Kebetulan, ketika itu kami baru selesai menjalankan tugasan yang sama untuk sebuah institusi pendidikan yang lain, jadi kami nyatakan harga yang sama kepada pegawai institusi pendidikan yang menghubungi kami ini. Setelah beliau berpuas hati dengan harga yang kami sebutkan, termasuk harga untuk sebuah print saiz 8R yang berserta frame, saya pun seperti biasa menyediakan segala dokumen yang perlu ditandatangani untuk melengkapkan urusniaga kami. Itu pun, the document was not signed until the assignment day itself. When I set foot in the office, barulah pegawai berkenaan beritahu saya yang  mereka ingin pinda quotation tersebut, dengan menukar jenis frame yang diminta sebelum ini. Rupa-rupanya dia telah membuat kutipan wang untuk sesi tersebut dan terdapat lebihan daripada nilai sebenar yang diperlukan (jangan tanya saya dari mana datang lebihan wang itu, kerana itu di luar bidang tugas saya ). Nilai lebihan tersebut digunakan untuk menampung kos frame yang diminta, kerana ketika itu barulah saya diberitahu bahawa mereka mahukan frame yang special dan tidak mahukan frame yang biasa.  Fine, bagi saya tidak ada masalah, kerana pegawai tersebut yang mengkoordinasi tentang segala keputusan berkaitan dengan tugasan tersebut, jadi saya hanya menjalankan tugas berdasarkan apa yang tertulis di dalam perjanjian. Apa saja perjanjian yang dibuat oleh pegawai tersebut sepatutnya mewakili keputusan yang dibuat atau dipilih oleh pelajar dan kakitangan yang terlibat, maka ia adalah di luar bidang kuasa saya dan bukanlah tanggungjawab saya untuk mempersoalkan bidang tugas beliau. Saya pinda agreement berkenaan, right on the spot , minta pegawai tersebut tandatangan perjanjian itu dan membuat 1 salinan untuk simpanan saya (salinan asal saya berikan kepada pegawai tersebut). Saya kemudiannya diberi sejumlah 51.85% daripada jumlah keseluruhan harga servis tersebut (sekali lagi diingatkan, jumlah harga servis berkenaan adalah nilai yang dicaj untuk setiap print diganda dengan bilangan print yang diminta + harga print berserta frame - I just have to highlight this again, because some culprit purposely told the students that I’ve been charging on per-hour basis).

Pada hari berkenaan juga, Fadhil tidak dapat turut serta dalam tugasan itu, jadi saya sendiri melakukannya berseorangan. Saya sampai ke lokasi 1 jam lebih awal untuk menyediakan kelengkapan dan membuat beberapa test shoot sementara para pelajar dan kakitangan yang terlibat mengambil tempat masing-masing. Diulangi, saya datang 1 jam lebih awal, and it was my prerogative dan tidak ada bayaran tambahan dikenakan untuk itu. Saya sendiri mahu datang lebih awal supaya tugas saya dapat dilakukan dengan teratur. Setakat bawa ligthstand kiri kanan dengan beban beg 5kg dibahu, bagi saya tak ada apa yang menyusahkan, walaupun ada yang mahu menghulur bantuan, atau mungkin kasihan (atau geli:mrgreen:) melihat saya berjuraian peluh, sedangkan saya seorang perempuan (I won’t do this job if I don’t think I cant withstand all those kind of things). Ok, enough of me.

Sesi penggambaran dimulakan setelah pegawai berkenaan memberitahu saya yang dia mahukan 3 shots berbeza. Ok, tak menjadi masalah. Selesai sesi berkenaan, saya pulang dan meneruskan kerja-kerja sorting & selecting of photos. Sehari selepas tugasan berkenaan, berikut adalah email saya kepada pegawai berkenaan :

screenshot044

Beberapa hari selepas itu, pegawai tersebut menelefon saya dan bertanya jika saya dapat mempertimbangkan untuk memberi 12 keping gambar 4R dengan tanpa bayaran tambahan, untuk kakitangan mereka. Saya setuju. Bermakna, perjanjian ini sudah 2 kali di pinda - 1 secara rasmi, dan 1 secara tidak rasmi. Saya ketepikan ‘rules‘  untuk seketika, kerana saya percaya adakalanya perlu ada sedikit kelonggaran. Bila tiba masanya, saya burn ketiga-tiga shot berkenaan ke dalam sebuah mini dvd, dan serahkan dvd berkenaan berserta dengan 45 keping gambar berukuran 8R yang siap dilabel dengan nama dan logo, sekeping gambar berukuran 8R beserta frame bermotif/berkerawang yang ditempah custom, dan 12 keping gambar berukuran 4R seperti yang diminta melalui perbualan telefon. Saya sendiri yang menyerahkan semua deliverables tersebut kepada pegawai berkenaan dan tidak lupa minta beliau tandatangan dokumen Delivery Order sebagai bukti penyerahan. Saya diberi baki bayaran untuk perkhidmatan tersebut, dan saya tidak lupa untuk memberikan resit sebagai bukti pembayaran.

Lebih kurang seminggu selepas itu, pegawai berkenaan menelefon saya dengan nada suara sedikit tinggi (sikit je, atau mungkin dia tak berniat untuk meninggikan suara tapi saya je yang rasa nada suara dia lebih nyaring dari biasa:grin:), bertanyakan kenapa gambar yang siap frame tu kecil saiz nya. Aik? Saya semak agreement - betul saiz 8R, dan seingat saya waktu saya menyerahkan frame tersebut kepadanya ia masih dalam saiz yang sama dan tidak mengecil:lol: . Sewaktu penyerahan berlaku, pegawai tersebut membelek sendiri frame & gambar berkenaan dan menyatakan rasa puas hatinya. Tapi kali ini pula beliau tanya saya, kenapa frame tu bersaiz 8R, bukan 10R, dan beliau merujuk kepada email beliau yang terakhir seperti di bawah.

screenshot0461

Saya katakan padanya, saya berpandukan apa yang telah dipersetujui dalam quotation/agreement, yang mana I expect her to read and understand it thoroughly before she agrees and sign the document. Therefore, walaupun dalam email menyebut 10R, saya menganggap itu cuma satu typo, berdasarkan kepada gaya bahasa/tulisan beliau dalam beberapa correspondence kami. That’s the purpose of an agreement anyway, to put every details on paper so that both sides have mutual understanding. What do you think I prepare those papers for in the first place, kan?   Lepas tu, mungkin beliau sedar kesilapannya, jadi tidak ada lagi dispute. Tapi, selepas lebih kurang sebulan (3.26 petang tadi, to be exact), saya dapat panggilan daripada  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang pelajar yang terlibat dalam sesi berkenaan.

Lelaki itu tanya saya, berapa sebenarnya kos servis berkenaan. Saya jadi pelik. Mulanya saya fikir mungkin ini salah satu ‘taktik bijak’ pesaing di luar sana yang cuba ingin tahu bagaimana saya caj klien saya (mind you, memang pernah terjadi sebelum ini), jadi saya tanyakan lelaki itu, siapa yang menyuruh dia menghubungi saya, dan dia menyebut nama pegawai berkenaan. Aik? Saya jadi pelik. Saya tanya, kalau begitu kenapa tak tanya pada Puan N tu terus? Lelaki tu jawab, susah nak berurusan dengan Puan N. Saya dah mula tersengih seorang diri.

Saya terangkan kepada lelaki tu, saya tak boleh dan tak akan sewenang-wenangnya disclose sebarang information berkaitan urusniaga saya kepada orang yang belum pasti saya kenali, apa tah lagi tanpa pengetahuan klien. Lelaki tu macam mula nak naik berang, katanya “Kami lah client awak, bukan dia.”

Saya kata “Ya, saya tahu, tapi yang berurusan dengan saya bagi pihak kamu adalah dia, dan dia yang tandatangan semua dokumen. Jadi kalau ada apa-apa hal, kamu rujuklah pada dia”.

Kemudian lelaki itu beritahu saya hal sebenar. Katanya Puan N (pegawai yang diperkatakan sepanjang entry ini) beritahu mereka yang setiap seorang pelajar akan dapat 3 keping gambar , tapi apa yang mereka terima cuma 1 keping setiap seorang. Hmmmmm…fahamlah saya. Maknanya ini kes silap informasi, tapi bukan dari saya dan tidak berpunca daripada saya, sebaliknya masalah dalaman mereka sendiri. Saya cuma orang luar yang menyediakan perkhidmatan mengikut permintaan Puan N yang sepatutnya mewakili pelajar-pelajar berkenaan, dan saya tidak tahu menahu bagaimana Puan N menguruskannya . Sayangnya, mungkin Puan N sudah tersilap dalam tugasnya dan secara tak sengaja memberi wrong information kepada pelajar-pelajar berkenaan, tapi yang paling menarik sekali dalam isu ni, Puan N seakan-akan cuba tepis kesilapan itu kepada saya dengan menyuruh pelajar berkenaan menghubungi saya sendiri. Perlu diingatkan, sepanjang Puan N berurusan dengan saya, beliau tidak pernah minta quotation untuk 3 keping gambar bagi setiap pelajar berkenaan. Jadi, our service was delivered exactly as per stated in a duly signed agreement.

Berkali-kali saya terangkan, saya tidak melanggar sebarang persetujuan. Apa yang dipersetujui semuanya dicatat dalam dokumen berkenaan dan ditandatangai oleh kedua-dua belah pihak. Walaupun Puan N mungkin bukan pihak yang mengeluarkan perbelanjaan untuk bayaran khidmat berkenaan, tetapi Puan N telah bertindak sebagai wakil kepada mereka dan secara tidak langsung bertanggungjawab untuk menyalurkan informasi yang tepat kepada kedua-dua belah pihak. Lagipun, how am I suppose to know if the person who was talking to me on the phone  at that very moment was actually the student involved in this situation? Saya katakan kepada lelaki itu, I would show the agreement to him if I could, but in this case, I couldn’t. Instead, he could ask to see the document from Puan N.

Saya simpati juga dengan pelajar-pelajar tersebut, sebab apa yang mereka terima berbeza dengan apa yang mereka harapkan. Walau macam mana pun, menuding jari kepada saya adalah satu kesilapan besar kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, dan saya punya bukti. Melainkan pelajar lelaki tersebut dapat membuktikan bahawa dia memang salah seorang pelajar yang terlibat mengeluarkan perbelanjaan untuk perkhidmatan tersebut, mungkin ada sebab yang bagus untuk saya tunjukkan dokumen tersebut kepadanya.

Saya harap, anda di luar sana dapat pengajaran dan buat kesimpulan daripada siri pertama kisah benar ini. Ada 2 kategori kesimpulan yang boleh dibuat :

  1. Jika anda seorang klien : Sila pastikan anda baca apa saja dokumen yang perlu anda tandatangan, kerana itu adalah tanggungjawab anda sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda hanya mewakili orang lain, dan kos perbelanjaan bukan keluar dari kocek anda, jadi bertanggungjawablah kepada orang yang menanggung kos berkenaan.
  2. Jika anda seorang service provider (lebih-lebih lagi seorang photographer) : Jangan dengan senang hati menerima wang daripada klien anda tanpa ada bukti urusniaga. Lebih elok lagi, amalkan mendahulukan agreement/quotation sebelum menerima sebarang bentuk bayaran, untuk memastikan kedua-dua belah pihak benar-benar faham perkara yang sama (mutual understanding), dan jangan lupa, bukti pembayaran. Saya lihat perkara ini kurang dipandang serius khususnya oleh kebanyakan photographer sambilan, kerana pekerjaan photographer itu sendiri bukanlah perkerjaan utama mereka, jadi mengapa perlu complicated, kan? Pada pandangan saya, kalau asas urusniaga pun kamu tak boleh sediakan, kamu patut fikirkan layak atau tidak kamu melakukan urusniaga dan berbangga dengan job/assignment yang kamu ambil sebagai freelance photographer? Well, mungkin ada yang kata, “Aku seorang photographer, bukan businessman“, tapi hakikatnya, kamu adalah freelance photographer yang melalukan sendiri marketing dan closing deal antara kamu dengan client (yang biasanya adalah orang perseorangan, bukan organisasi), jadi beritahu saya, adakah adil kamu melakukan urusniaga tanpa documentation? Jika tidak, kamu sebenarnya tidak berlaku adil bukan saja kepada klien, tetapi juga kepada diri kamu sendiri. Jangan mudah gelap mata dengan duit, biar leceh sikit, asalkan selamat dan betul caranya.

Pheww…dah sakit belakang dah…?:lol:

Signing off,

~Aziel Azhar~


Who Says A Photographer Is Just A Photographer? Raise your feet :p

October 19th, 2009 by Aziel Azhar | 2 Comments

Who Says A Photographer Is Just A Photographer? Raise your feet :p

Hello, hello, hello! Ya, memang it has been too long since the last time we wrote here. And yes, I have promised not to be a bad blogger, but hey, I’ve got lots and lots of idea to blog about, and it’s been lining up in the draft queue for so long. Hopefully it will be enough to make up for the broken promise :mrgreen:. I know, I know, I can hear you saying “Yeah, right!” :razz:. Saya terima dengan seikhlas hati :wink:. Ok, enough of my rantings.

Ain and Kay first met when they were working in the same building years ago. At first, we were planning to have a pre-wedding session, but we had to change the plan as Kay was working in Kuantan (if I’m not mistaken. Ain, please correct me if I’m wrong) and time is definitely an issue. So, they agreed to have a post-wedding portraiture session, which was done a day after the wedding reception.

During our earlier discussion, when pre-wedding session was planned, we discussed about the storyline of the session and how it can be materialised. We suggested that the storyline shows how they first get to know each other, and the usual places/spots that will always remind them of their ‘zaman mengorat’ (courtship period). It was all fun, fun, fun! Not to mention the ‘cucur udang’ that  accompanied our discussion that afternoon was also delicious, that Fadhil can’t help himself from ordering another additional plate, and that adds-up to the fun of the whole discussion :grin:.

During the several series of meeting with Ain, we have not met Kay, not before the wedding day itself.  So we do not know what to expect of his character. Adakah Kay seorang yang spontaneous, adakah Kay seorang yang pemalu, semua itu kami tak tahu. Walaupun Ain sendiri pernah bercerita tentang Kay, but we all know how some people might act differently when being around people they are not very close with, kan?

So when the plan changed to post-wedding session, I quickly drafted some ideas on how to create LIFE  in their photos, instead of  normal dramatic poses. And so, the session was carried out at Bagan Lalang beach, on Monday afternoon. Though we were expecting to start at around 4 pm, tapi, kami faham betapa sibuknya newly-wed couple walaupun setelah sehari selesai majlis resepsi sebab sudah tentu mereka masih sibuk menerima kunjungan saudara-mara yang datang melawat ke rumah. Jadi, kami mulakan sessi hari itu lebih kurang pukul 5 petang (atau mungkin menghampiri pukul 6 petang) and some of the pre-planned ideas (yang sengaja dirahsiakan daripada Ain dan kay) terpaksa dibatalkan to make sure that we could finish the session on time. Nevertheless, we still had fun ‘bullying’ the couple :mrgreen:.

For a start, as usual, I briefed them on how the session will be carried out, and some dos and donts during the session (Notes to other budding photographers : Yes, communication SANGAT penting. In wedding photography, klien anda (berkemungkinan besar) adalah bukan model, jadi sebagai jurugambar yang diberi tanggungjawab memotret mereka, kita haruslah memberi panduan/guidance kepada mereka supaya dapat membantu mengabadikan gambar-gambar yang terbaik sempena perkahwinan mereka). Hmm, why am I talking/writing like a Miss-Know-It-All here, eh..? No, lah, just sharing some thoughts, tak salah kan?

And so, the session started with some normal pose shots of the couple, before we continue with some ‘idea-idea membuli’  :mrgreen:. Tak, tak, jangan takut, kami buli demi kebaikan bersama :wink:. Tidak ada sesiapa yang tercedera (kecuali saya, luka sedikit di bahagian belakang lutut, dan saya hanya sedar bila Ain tegur ada darah di kaki saya) sewaktu sesi ini dijalankan. And so, cubaan membuli Ain dan Kay telah menghasilkan antara gambar-gambar kesukaan kami (saya dan Fadhil. I don’t know if Ain and Kay liked them as well, I hope they do) yang tunjukkan di bawah.

Ain & Kay

Ain & Kay

Ain & Kay

010

Selepas membaca entry ini, jangan pula nanti ada yang takut untuk ber- ‘personal affair’ dengan kami kerana takut dibuli :grin:. Sumpah, kami buli untuk kebaikan. Nak tau apa yang kami ‘paksa’ Ain dan Kay lakukan? Tengoklah gambar seterusnya di bawah. Kami pasangkan lagu yang sesuai untuk menaikkan mood mereka, dan kami ‘paksa’ Ain dan Kay to have their first dance together on the beach, tapi dalam ruang yang amat terbatas - kami minta mereka menari dalam kotak kecil yang kami lukis di atas pasir itu. Setiap beberapa saat, muzik akan kami hentikan dan kotak itu akan menjadi semakin kecil, semakin kecil dan semakin kecil, sehingga Kay perlu mendukung Ain untuk menyempurnakan tarian mereka :mrgreen:. (And owh, mind the blur object on the top-left frame of the photo, that was my hand holding my beloved smartphone which was playing the song Lucky-Jason Mraz & Colbie Caillat.) Perhaps some of you know this game, it is similar to the Newspaper Dance game, whereby 2 people dance with music on a sheet of newspaper. After a while, the newspaper is folded in half and then they dance again.

Ain & Kay

No worries, I was not too strict on them. When Kay lifted Ain and danced, he was’nt actually dancing in the box, but hey, who cares?(I don’t think he knows that before I wrote this, hahaha. Do you, Kay?:lol:). As long as they had great bonding time, great moments and we manage to capture great emotions, and everybody is happy, what more can we ask, betul tak? The game was conducted just to help the couple to cheer up a lil’ bit and make themselves comfortable with our presence there.

Jadi, siapa kata seorang jurugambar cuma seorang jurugambar? We never say that, because we treat each and every assignment as personal, as if it’s our own precious moments. We personally consult the client by ourself, we personally get to know the client, we personally shoot the client, and we personally value the whole process as much as the couple personally value it as their investment. We don’t make your wedding/event as a traning ground. After all, It’s Our Personal Affair :wink:. Thank you, Ain and Kay for willingly having an affair with us, even if it’s just for a while. We certainly love working with both of you, and wish you a happy and loving married life together.

Till my next ranting in the next entry (I hope it wont be long:wink:), here ’s their online web gallery. Ciao!

.: Let’s have a ‘personal affair’. Join us on Facebook :.

Cherita Pictures on FB

Aziel on FB

Fadhil on FB


Belajar Kamera? Kenali Kamera?

April 7th, 2009 by Aziel Azhar | 2 Comments

Dear friends, visitors and readers.

Selalu juga saya encounter situasi di mana ada kawan-kawan saya yang mempunyai kamera (jenis point and shoot (P&S)) yang tak pernah tau kameranya boleh menghasilkan gambar hitam putih walaupun dah bertahun memiliki kamera tu. Ada juga yang tak tau kenapa kadang-kadang kualiti gambar mereka tak konsisten atau kadang-kadang kabur. Bila saya tanya,

Kenapa gambar kamu jadi macam tu?

rata-rata jawapan yang hampir sama saya dapat dari mereka adalah

Alaaaa…kamera aku bukan macam kamera kau…..

Tak kurang juga yang menjawab

Tu lah, mesti kena beli satu SLR jugak kan? Nak beli jugak lah.

Bila saya mintak untuk tengok kamera mereka, baru saya tau kenapa masalah tu timbul. Rupa-rupanya mereka tak tau mode apa atau setting apa yang harus dan boleh mereka pakai untuk kamera tu. Main belasah je… :mrgreen:.

Boleh saya katakan bahawa tanggapan kononnya “..kalau guna DSLR mesti gambar aku cantik” adalah agak kurang berasas. Ada beberapa teman pernah meminta pandangan saya tentang kamera DSLR apa yang terbaik untuk dibeli, sebab dia memang suka bergambar dan ambil gambar dan ketika itu memiliki kamera yang tak kurang hebatnya (bukan SLR). To my surprise, dengan kamera yang sebegitu bagus (atau sesetengah mungkin kata, boleh tahan) dan penggunaan yang sangat kerap, tuan punyanya tidak aware yang kamera tu mempunyai function yang agak similar dengan DSLR.

Jadi, apa yang saya nak katakan di sini, kadang-kadang salah tanggapan ini akan menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang bijak untuk upgrade kepada kamera lain, dan secara tak langsung mungkin mendatangkan kerugian kepada poket kita. Sebenarnya, kamera apa pun yang kita gunakan, Insya Allah, boleh dapat gambar yang cantik kalau kita tau untuk gunakan dengan betul. ‘Mega pixel’ yang ‘bermega-mega’ belum boleh menjamin ‘kecantikan’ gambar kita. Macam jugak kalau memilih/membeli baju. Kita tengok orang lain pakai cantik, tak semestinya kita pakai boleh jadi cantik jugak, kalau kita tak kenal tubuh sendiri dan kesesuaiannya dengan tubuh kita. Beli baju mahal pun, belum tentu kita nampak cantik memakainya, kalau kita tak tau nak menggayakannya. Kan? :lol:

Tambah lagi, zaman sekarang, DSLR bukan lagi satu aset mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan bekerja. Budak sekolah pun sekarang dah ada DSLR tau… Mungkinkah agaknya fenomena ni timbul daripada tanggapan yang kurang tepat tadi tu? Dan akhirnya, ‘gambar-gambar cantik’ yang dihasilkan dari DSLR tu, ‘dimasak’ semasak-masaknya dalam Photoshop (atau software editing yang lain), tanpa mengetahui apakah prinsip-prinsip asas dalam menentukan/menilai gambar yang bagus/cantik/betul/elok.

Ye, betul digital images PERLU post-processing (atau orang panggil ‘Photochopping’:lol:), tapi perlu tau setakat mana yang dikatakan perlu, terlebih, atau terkurang. Oh, by the way, digital images memang perlu post processing ye, saya tak setuju dengan pendapat yang kata “kalau edit gambar, maknanya gambar kau tak bagus”, sebab, even masa era SLR (filem) sekali pun, all the pros yang ada darkroom mereka sendiri pun buat touch-up/post-processing. Cuma yang perlu kita tau sekarang adalah, macam saya cakap tadi - apa yang perlu, apa yang terlebih dan apa yang terkurang.

Jadi, Cherita Pictures rasa, inilah masanya kami menyumbang apa yang kami mampu, kepada masyarakat, khususnya bagi golongan yang suka bergambar dan banyak ambil gambar. We are happy to bring to you sebuah weblog yang ditujukan khas untuk sesiapa saja yang memiliki kamera, tak kira kamera jenis apa yang anda gunakan. Kamera murah ke, kamera mahal ke, camera phone ke, - inilah weblog yang diharap akan dapat membantu kita semua untuk lebih mengenali fungsi-fungsi yang ada pada kamera anda dan membolehkan anda betul-betul ‘master’ dengan penggunaan kamera anda.

Memperkenalkan…..

Belajar Kamera

Dengan adanya www.belajarkamera.com , kami harap dapat menambah lagi jumlah rujukan dalam bahasa Melayu (rojak:lol: ) untuk semua golongan pemilik/pengguna kamera, tak kira apa jenis sekali pun. BelajarKamera akan dikendalikan oleh Fadhil (wahhh, Fadhil nak mula rajin tulis blog sekarang! :mrgreen:), dan mungkin dari semasa ke semasa kami akan jemput beberapa guest writer untuk turut sama menyumbang artikel tentang serba sedikit ilmu yang mereka ada, untuk kita semua manfaatkan.

Jangan risau, Fadhil dah janji dia akan cuba sebaik mungkin untuk gunakan bahasa yang mudah difahami, supaya sesiapa saja, walaupun tidak pernah memegang SLR sekali pun, akan dapat memahami artikel-artikel yang kami kongsikan die BelajarKamera. Seperti yang saya katakan tadi, BelajarKamera adalah untuk semua. Rugi kalau kita memiliki kamera, tapi tak tau langsung apa kegunaan fungsi-fungsi dalam kamera tu, kan?

Untuk masa-masa akan datang, kalau saya rasa saya rajin :mrgreen:, mungkin saya juga akan menulis dalam BelajarKamera sekali sekala. Tapi nak share pasal apa, ek? Aaaaa…. mungkin serba sedikit teknik post-processing…? How does that sound to you? :grin:


Time and tide waits for no man

April 3rd, 2009 by Aziel Azhar | No Comments

Pejam, celik, pejam, celik….dah masuk bulan April 2009, 1st quarter of the year dah berlalu (tapi tak banyak pulak blog post saya, kan? Tak berkadar terus pulak dengan pertambahan waktu, berkadar songsang nampaknya…hihihihi. ) Sebenarnya saya pun agak kepelikan dengan diri sendiri, sebab saya selalunya ada banyak benda nak dicakapkan, ada banyak bahan nak ditulis (dalam blog-blog saya yang lain. Oopppsss, di mana ya?). Tapi agaknya, sebab blog ini diasaskan untuk Cherita Pictures, jadi lebih sukalah kiranya saya ‘memblog’ dengan hanya gambar-gambar dan yang berkaitan dengannya. Nanti kalau saya dah mula bercerita panjang lebih-lebih dalam blog ni, lari konsep pulak, kan?

Apa pun, kalau boleh, memang banyak perkara yang nak kami kongsikan dalam ‘weblog’ ni, tentang perancangan-perancangan kami untuk masa depan, tapi tak nak pulak nanti bunyinya macam nak pukul canang sekampung… hihihihi…. Jadi, buat masa ni, biar saya peramkan dulu apa yang tengah bertindan-tindan dalam otak saya sekarang ni, nanti bila dah siap/jadi, baru kita kupas satu persatu. Tak gitu, kawan-kawan?

Lagipun, ‘time and tide waits for no man’. Takut nanti, saya banyak bercakap kat sini, nanti tak terbuat pulak benda-benda lain… Kadang-kadang ada jugak kawan-kawan yang bertanya “Apa benda yang kau sibukkan sangat tu, busy betul, mengalahkan orang bisnes juta-juta”… hihihihih… Bisnes kami memang lah belum (atau tak) juta-juta, but time is always changing, so kita pun kenalah change jugak kalau tak nak ketinggalan. Jadi, sorry lah, kawan-kawan. Mungkin memang betul saya dah makin kurang meluangkan masa dengan kawan-kawan, samada di alam cyber mahupun di alam nyata. Tapi saya ada kat sini. Fadhil pun ada (cuma dia memang sangaaatttt lah jarangnya menulis dalam blog ni… :mrgreen:). After all, ada orang kata “friends are like stars - not always seen, but always there”. Setuju sangat!!..

Ok, enough with my rantings, let me share with you some photos dari majlis perkahwinan Boy(Rashidi) dan Lya. Some photos can also be found in Fadhil’s Flickr.  Gotta go now! :wink:

I purposely under expose-kan gambar ni, sebab nak concentrate pada wajah pengantin saja. I love this one. Don’t know if you’ll like it, tho….:smile:

Ilya

Saya sangat jeles dengan kening dia (refer juga gambar di atas). Cuma perlu pengemasan sikit-sikit je, beautifully shaped. Angkat kening sikit je (gambar di bawah), dah terus nampak macam ZZ. I like..!(Harus diingat, penulis blog ini adalah seorang wanita :lol:)

Ilya-2

Puan Lya kita ni ada sepupu and makcik (ye, makcik) yang sporting belaka dan suka ‘cari kamera’. Masa ni (gambar di bawah) subang Lya terjatuh dan salah seorang sepupunya tolong pasangkan, tapi yang lain ‘berusaha’ sama tolong Lya pakai subang….:grin:

The Girls


Dan Kini Hanya Ada Aku Dan Dirimu….

April 2nd, 2009 by Aziel Azhar | 1 Comment

Pernah tak anda terbawa-bawa menyanyi-nyanyi lagu tertentu tanpa disedari? Seolah-olah lagu tu terlekat kat belakang otak anda, jadi walaupun setakat humming je pun, tak disedari anda mengulang-ulang lagu yang sama. Saya selalu macam tu!

Kadang-kadang, ada lagu-lagu tertentu yang tak pernah saya suka/minat, tapi disebabkan tadi terdengar dalam kereta, lepas keluar kereta je saya terbawa-bawa humming lagu tu, kadang-kadang tak perasan. Paling tak best, bila lagu tu memang lagu yang paling saya tak suka (atas sebab-sebab tertentu), jadi bila saya tersedar yang saya ‘ter’menyanyi lagu tu, rasa macam nak tampar diri sendiri… hahahaha…

Tapi, walaupun saya suka menyanyi (sama ada secara ‘kecil-kecilan’ atau ‘besar-besaran’, :mrgreen:), kelemahan nombor satu saya adalah mengingat tajuk lagu. I have problems with names, serious problem (mungkin sebab tu saya tak suka subjek Sejarah masa sekolah dulu :lol:). Kadang-kadang, bila terjumpa kenalan yang dah lama tak jumpa, saya ingat muka dia, and ingat semua cerita-cerita dengan dia, tapi tak ingat nama dia… Ok, that’s it, a confession from me (to all those out there yang maybe perasan muka saya berkerut bila jumpa mereka after so long, now you know why, my brain was working soooooooo hard to find your name in my data bank.) Big time! Ampun…….:mrgreen:

Anyway, kali ni saya ada satu ‘lagu baru’ yang sedang melekat kat belakang otak saya for time being. It’s “Aku dan Dirimu” from Bunga Citra Lestrari and Ari Lasso. Tapi, bukan sebab saya dengar lagu ni masa tengah memandu, tapi sebab I was doing a montage for this couple : Boy & LyaBy the way, congratulations Boy & Lya. The best part of their wedding event was when the bride & groom kena dera menari /joget lambak. Family kepada pengantin lelaki pun join sekali, not forgetting some personal request untuk menari lagu dangdut… haaaa.. But that was not until the second wedding reception, which is kat rumah pengantin lelaki. So, montage kat bawah ni tak ada lah gambar-gambar joget lambak tu, just gambar-gambar from majlis nikah and berinai kat rumah pengantin perempuan. hihihihihi….

p.s : Tak taulah lagu apa pulak yang gonna take over after this:wink:



OUR COMMUNITY PROJECT

Belajar Kamera

AZIEL'S PERSONAL BLOG

LIKE US?

Cherita Pictures on Facebook