Masa Untuk Perubahan
August 27th, 2010 by Aziel Azhar | No Comments

Masih teringat waktu pertama kali kami dibayar untuk tugasan fotografi, kami tak tau berapa kadar yang patut kami kenakan. Kami diminta seorang kenalan untuk jadi jurufoto untuk sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung selama 2 hari. Kami diminta untuk ambil gambar sahaja, kerja-kerja post-processing semuanya akan dilakukan oleh teman itu tadi. Itulah assignment pertama kami, kami dibayar RM300.00 untuk berulang alik selama 2 hari daripada Cheras ke 2 lokasi majlis perkahwinan itu, yang mana salah satu daripadanya adalah di Hulu Selangor.
KAMI? Ya, kami. Most of the time we worked in a team of two walaupun caj perkhidmatan yang kami kenakan sepatutnya untuk seorang photographer sahaja. Kami selalu beritahu kepada klien kami sebelum ini, jika jadual kami mengizinkan kedua-dua kami akan jadi photographer untuk event mereka. Tapi jika kami ada 2 event berbeza pada hari berkenaan, hanya seorang photographer akan bertugas untuk setiap tugasan. Saya dan Fadhil, kami setuju untuk mengorbankan upah yang sepatutnya kami dapat untuk membolehkan kami menambah pengalaman samada sebagai jurugambar mahupun sebagai orang yang menjalankan perniagaan perkhidmatan.
Itulah juga yang menjadi tekad saya sewaktu saya ambil keputusan bulat untuk berhenti makan gaji dan tumpukan sepenuh masa dengan Cherita Pictures™. Saya fikir saya perlu siapkan diri untuk hadapi apa saja cabarannya, kalau itulah jalan untuk menimba pengalaman dan pengajaran untuk maju dalam bidang ini. Walhal, kalau nak diikutkan, saya tidak ada kelayakan akademik dalam bidang fotografi, apa lagi sebarang pengalaman atau latihan untuk menjadi self-employed.
Kerana itu selama ini kami meletakkan caj perkhidmatan untuk 1 photographer sahaja sedangkan most of the time 2 orang bekerja dalam 1 masa. Oleh kerana kedua-dua kami terlibat untuk setiap assignment, alhamdulillah kami juga dapat siapkan semua tugasan kami mengikut tempoh waktu yang ditetapkan, iaitu dalam 28 hari bekerja semua gambar dan album siap dihantar kepada client. Walaupun kami cuma jurugambar ‘ciput’ yang tak dikenali , kami cuba seboleh mungkin untuk pastikan kerja-kerja kami dilakukan dengan sistematik. It has to start somewhere at some point. Bukan hanya “Ahhh, nanti bisnes dah mantap barulah buat betul-betul”. No, no, no, that’s definitely not worth my decision to quite my previous job. Thanks to the many years of being trained as a town planner, I sort of love doing my works around schedule and well-planned workflow.

Cherita Pictures™ amat besar maknanya bagi saya secara personal. Jatuh bangun dan perit-jerih yang kami lalui sejak mula Cherita Pictures™ ditubuhkan adalah harga yang perlu saya bayar untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang saya kejar selama ini. Kini selepas lebih 3 tahun, saya fikir sudah tiba masanya untuk meletakkan nilai perkhidmatan kami ke satu tahap yang berbeza dengan memberi added value kepada klien kami.
Penghargaan
Bila kita melakukan sesuatu dengan sepenuh minat dan kemampuan yang kita ada, tidak ada apa yang paling menggembirakan bila apa yang kita usahakan dihargai dan diberi perhatian lebih daripada yang kita pernah jangkakan. Beberapa kali saya rasa terharu bila ada klien yang sanggup menukar tarikh majlis mereka mengikut availability kami supaya kami dapat bekerja untuk mereka. Ada juga antara klien kami yang sudah menjadi sahabat dan sentiasa percaya pada kemampuan kami dan tak putus-putus memberi sokongan kepada kami berdua. What you give, you get back - it’s true.
Di saat lebih ramai klien yang memulakan email/pertanyaan mereka dengan soalan “will you be available on this date?” rather than soalan “how much does it cost?”, kami ambil itu sebagai satu lagi bentuk penghargaan yang tak ternilai. Syukur kepada Allah kerana memberikan kami segala bentuk ujian selama ini dan memberi kami kekuatan untuk melaluinya.
Bilangan photographer bertugas
Untuk setiap assignment, kami akan sentiasa mempunyai 2 orang photographer bertugas. Seorang sebagai photographer utama dan seorang lagi sebagai assistant (seperti mana terms yang selalu digunakan oleh kebanyakan photographer) - walaupun sebenarnya antara saya dan Fadhil kami suka untuk menganggap tidak ada siapa yang superior kepada yang lain, dan bila ditanya “Yang mana 1 bos?”, kami lebih selesa menjawap “Dua-dua pun bos, dua-dua pun kuli”. Itulah cara kami bekerja sepanjang wujudnya Cherita Pictures™. Both of us ada hak untuk menyuarakan idea dan pendapat, dan memainkan peranan utama dalam setiap tugasan. After all, Cherita Pictures™ is a partnership between Fadhil and myself.
Kalau Fadhil boleh panjat pokok, saya juga boleh panjat pokok. Kalau Fadhil boleh ambil gambar dari sunroof kereta, saya pun akan ambil gambar dengan cara duduk di tingkap kereta. Tak ada alasan kenapa saya perlu meng’excuse’kan diri saya, hanya kerana saya seorang perempuan (ya, saya perempuan, in case you still don’t know :p). That’s how we work as a team and I’m grateful that it has been a great combination all these years.

Satu kepuasan bagi kami bila kami dapat berikan sepenuh komitmen kami untuk klien kami. Kepuasan yang tak terbalas dengan materi.


A job is a job
Walaupun buat masa ini walaupun kami beroperasi secara home-based, atau dalam perkataan yang lebih bergaya - SOHO :p, kami tetap pastikan setiap deal yang kami lakukan mempunyai dokumen rasmi walaupun di kalangan kawan-kawan. Kami ingin pastikan kedua-dua pihak - kami dan client - sedar akan tanggungjawab masing-masing. Tangungjawab kami adalah untuk memenuhi permintaan dan keperluan client serta menepati jadual yang dijanjikan, manakala tanggungjawab client adalah untuk menepati kaedah pembayaran yang dipersetujui serta memelihara hakcipta (copyright) kami ke atas gambar-gambar kami. No assignment will be carried out without first signing a basic contract. We are not just handling your pictures, but we are also making efforts to ensure that our business is run properly - we are not only photographers during assignment and post processing works, but we are also the account clerk, the manager, the sales & marketing exect and the administrator (and everything in between) of this business because we are serious about it. Mutual understanding - that’s the keyword.
Bermula dari 0, ke 1, 2, 3….dan terus mengira
Setiap masa kami cuba untuk fikirkan cara dan idea untuk memperbaharui khidmat yang kami tawarkan. Bermula dengan hanya menawarkan sticky album, kami beralih kepada album ready-made yang membolehkan kami menampal halaman-halaman yang telah di-design layoutnya. Lama-kelamaan, kami mula inginkan perubahan sebab merasakan ada kekurangan.

Waktu itu, tak banyak maklumat yang kami tahu untuk membolehkan kami dapat album yang seperti kami mahukan. Menggunakan internet sebagai ‘perpustakaan’, kami cuba untuk buat sendiri album yang kami mahukan. Banyak trial and error sudah kami lakukan, banyak masa dan tenaga kami kami curahkan untuk mencuba sendiri. Saya pula jenis yang suka mencuba kraftangan, hingga pada satu tahap, saya berjaya buat sendiri album flush-mount ini :

Kagum tak? Hihihi… Hand made, tau? I wanted a flush mount album so badly, saya tak mahu album yang tertampal di sana-sini dan ada ‘pembahagi’ di tengah-tengah halamannya (seperti gambar sebelum), tapi ketika itu saya tak tahu cara apa lagi untuk dapatkan album sebegitu untuk client kami, hinggalah seorang teman yang baik hati akhirnya menunjukkan penyelesaian kepada masalah itu. Allah is great. Akhirnya kami dapat apa yang kami mahukan walaupun cita-cita nak buat album sendiri terpaksa dikuburkan sebab susah nak buat album ni kalau tak ada mesin yang sepatutnya. Yang penting, kami puas hati dapat tawarkan pilihan yang lebih baik untuk client kami.

Paying back to the society
Sedaya mungkin, kami cuba untuk kongsikan apa yang kami tahu dan apa yang kami mampu, dengan orang lain. Apabila ada masa terluang, kami kongsikan sedikit sebanyak pengalaman (yang tak seberapa) dan tips untuk pembaca blog ini, dan sejak April 2009 kami mulakan BelajarKamera.com untuk menyumbang sedikit sumber rujukan fotografi dalam bahasa melayu yang mudah difahami, khas untuk sesiapa saja yang baru ingin berjinak-jinak dengan fotografi. Harapan kami supaya setiap tips yang kami kongsikan sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama oleh orang lain dan secara tidak langsung itulah juga sekecil-kecil usaha kami untuk membantu orang lain yang tercari-cari sumber rujukan seperti itu.
Lega rasa hati bila sekali-sekala terbaca komen-komen dari pembaca yang dapat manfaat daripada apa yang kami kongsikan. Semua ilmu adalah milikNya, kami cuma kongsikan sedaya yang mampu (terima kasih di atas semua komen anda, we really appreciate it).
Masa untuk perubahan
Tahun berganti tahun, setiap orang, setiap perkara perlu ada peningkatan dan perubahan. Begitu juga kami, akan sentiasa cari idea memperbaiki diri supaya dapat beri yang terbaik untuk anda yang selalu menyokong dan menghargai kami. Untuk terus membawa peningkatan, ada nilai yang perlu dilunaskan, samada dari segi wang ringgit, usaha mahupun masa. Kerana itu, sudah tiba masanya untuk kami beri laluan kepada kadar harga kami yang terbaru, setelah sekian lama menggunakan kadar pengenalan bagi perkhidmatan kami. Tak akan cukup ucapan terima kasih kami kepada client kami terdahulu sejak tahun 2007, yang telah menjadi asas kepada perkembangan kami. Kini matlamat kami lebih besar dan kami ingin beri komitmen yang lebih tinggi untuk kesemua client kami, supaya Cherita Pictures™ akan terus berdaya saing dan dapat terus menjadikan setiap pelaburan anda sebagai ‘Our Personal Affair‘.
Rates terbaru kami sudahpun dipaparkan di bahagian PROMOTION dalam website ini, dan di situ anda boleh download price guide terbaru kami sebagai panduan.
DISKAUN!
Sebagai tanda penghargaan atas perhatian anda kepada kami, sesiapa yang sebelum ini telah menghantar email kepada kami untuk bertanyakan quotation, harga yang telah kami quote kepada anda sebelum ini masih applicable sehingga penghujung Oktober, jadi anda tak perlu risau tentang perubahan ini. Anda boleh terus membuat booking menggunakan harga lama. Jangan terlepas peluang ni, special untuk anda, tau? (—-shh..jangan kasi tau orang lain :p—- )
Bagi anda yang baru saja berniat untuk bertanyakan tentang perkhidmatan kami, jangan panik, kami juga ada tanda penghargaan kepada anda. Diskaun sebanyak 25% bagi semua booking yang menggunakan rates terbaru kami, sehingga penghujung tahun 2010 ini. Jadi kalau anda masih lagi tercari-cari khidmat fotografi untuk majlis tahun depan, inilah masanya untuk rebut diskaun terbesar daripada kami, sebelum hujung tahun ini! Untuk info lanjut, boleh semak DI SINI.






















