Yang Mana Satu Idaman Kalbu?
July 18th, 2011 by Cherita Pictures | No Comments

Dulu, kami beroperasi dari meja kecil dalam bilik tidur masing-masing.
Dulu, meeting point bersama client semestinya di tempat-tempat makan/minum yang dimiliki oleh orang lain.
Dulu, portrait session hanya boleh dilakukan outdoor, tertakluk kepada cuaca dan masa yang sesuai.
Sekarang, kami beroperasi dari workstation yang lebih selesa dan teratur, tak perlu lagi berasingan.
Sekarang, tempat operasi kami adalah meeting point kami bersama client. Tak perlu lagi cari meja kosong di tempat makan/minum milik orang lain, kami sendiri boleh hidangkan minuman untuk client sambil bincang di ruang tamu studio.
Sekarang, cuaca dan masa tidak lagi jadi faktor utama untuk tetapkan sesi portrait. Boleh have fun di studio kami untuk relax dalam aircond dan pasti makeup tak cair. Siang atau malam, pilih saja bila suka, asalkan ada appointment dengan kami.
Dulu dan sekarang, pelbagai jenis citarasa dan keperluan pelanggan sudah kami kenali sepanjang hampir 5 tahun perjalanan Cherita Pictures™. Ada yang hanya melihat kepada harga semata-mata, ramai pula yang melihat kepada hasil kerja kami sebagai photographer dan reliability kami untuk menyiapkan tugasan mengikut jadual. Sepanjang perjalanan Cherita Pictures™, satu demi satu persahabatan baru kami cipta dengan client kami dan sokongan mereka selalu jadi motivasi untuk terus maju. Dalam perjalanan yang semakin hari makin jauh ini, sekali-sekala kami toleh ke belakang dan fikirkan bagaimana cara supaya tidak lupa segala kesusahan yang pernah kami lalui satu ketika dulu. Tidak bermakna jalan didepan kami tidak ada lagi cabaran, tapi mungkin bentuknya berbeza.
Kalau dulu, bukan semua orang boleh dapat pengalaman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Sekarang, semua orang boleh terbang
. Makanan enak dalam penerbangan, ruang lunjur kaki yang selesa dan pilihan tempat duduk mungkin bukan kepentingan bagi sesetengah orang, asalkan matlamat utama mereka tercapai – dapat diterbangkan ke lokasi yang mereka mahukan. Semuanya berkait dengan citarasa dan keperluan. Tidak ada yang salah dan tidak ada yang betul.
Kami juga ingin cuba memahami citarasa dan keperluan anda yang berbeza-beza. Maka, kini kami perkenalkan beberapa pakej alternatif untuk servis fotografi perkahwinan, supaya kami dapat menepati keperluan yang pelbagai. Tidak perlu lagi tunggu promosi potongan harga untuk mendapatkan khidmat kami dengan harga rendah. Merancang majlis perkahwinan sangatlah memeningkan, manalah sempat nak buat banyak perbandingan, kan? Tak usah gusar, kami sendiri berikan peluang kepada anda untuk buat perbandingan di antara pakej-pakej kami. Silakan jenguk ke bahagian promosi dalam website ini untuk lihat sendiri. Kemudian, tepuk dada tanyalah selera
. So now, if you desire beautiful photographs but don’t want any of the extras, this new package is suitable for you.
Jangan lupa semak pakej-pakej baru kami di bahagian PROMOSI, ya?
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________











