header

Event Photography

Dalam Bahagiamu, Kenanglah Daku | Remember Me In Your Happiness

October 6th, 2008 by Aziel Azhar | 8 Comments

Selamat, selamat,  selamat hari raya…Eid Mubarak to all Muslims out there. Big appetite, big feast during this festive season, and say hello to sore throat, and all other sorts of ‘makan banyak’ illness… So, if you are currently suffering one of these illness, and can’t wait to finish reading this entry, you can directly go to the web gallery : http://dagangnet.cheritapictures.com .

While we enjoy visiting our family and friends during the celebration of Eid, we must not forget to be grateful of how lucky we are, being able to celebrate this Eid with our family and friends, shower our kids with as much ‘duit raya’ that we can afford, and put a smile on their face when they have many new clothes to show off among their friends, while some kids on a few other parts of the world has been taught to be satisfied with the least that they can have.

They had to be satisfied with the least number of beloved people that they can have around them during Eid (and other times). They had to be satisfied with whatever clothing that was donated to them, be it new or old, whether they like it or not. They grew mature earlier than other children at their age. They understand the meaning of independent sooner than most of our kids.

Our assignments during the last week of Ramadhan had made us realise many things that is normally overlooked in our daily life. Thank you to Dagang Net Technologies Sdn Bhd for giving us the opportunity to be part of the event. Dagang Net organized iftar for the residence of Asrama Darul Falah, Asrama Damai and Rumah Amal Limpahan Kasih.

Personally, it was hard for me not to remember them. They made us feel welcomed at all time. They truely understand the meaning of family, more than many of us nowadays; which lead me to think : what have we taught our kids? Have we been there enough for them? Will our kids grow up to be as strong and independent as these kids?…..Hmmm…

Here are some photos taken on 22nd of September 2008 at Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan, KL.

Share some love…

I’m here. Can you see me…?

We found our ‘brothers’ in this place

Survival

The following photos are taken at Asrama Damai Kuang, Selangor, on 24th of September 2008. The home provides shelter not only for orphans but also for single mothers.

I can’t help getting emotional looking at this boy.

After Iftar, while their elder brothers and sisters perform their prayers, these kids enjoyed playing… err… I don’t know the name of the game, but I know I used to have fun playing it …Hehehe…

Finally, on 25th of September, our last destination was Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor.

Lend me your hands

Sharing is caring

Look carefully at the girl in pink hijab. I think she looks like Aishah Sinclair. Or issit the other way round? Hmmmm….


A Corporate Dinner

September 4th, 2008 by Cherita Pictures | No Comments

Hello everyone.

Hope it’s not too late to wish all Muslims “Selamat berpuasa”, and “Ramadhan al-Mubarak”.  We’ve been delaying a few things lately, hence this post is way too far from the actual event date.

The event was a corporate dinner for Reliance Pacific Berhad, held in Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson. The event was held on 15th of August, 2008.  Here’s a few from the event.

During registration.

Registration

The CEO, Datin Irene officiating the launching.

Launching

Group photo, before all guests proceed for the next event.


Hot FM Big Jam 2008 …(dan cherita di tengah lautan manusia..)

February 28th, 2008 by Aziel Azhar | 2 Comments

HotfmBigJam2008 montage

23 Februari yang lalu saya, Fadhil dan beberapa orang teman menjebakkan diri ke konsert percuma yang dianjurkan oleh Hot FM di Dataran Petaling Jaya. Tujuan utama untuk menonton persembahan kumpulan Ungu, yang memang saya dan Fadhil minati. Ramai juga penyanyi-penyanyi lain yang turut serta. Tidaklah pula maksud saya hanya meminati penyanyi daripada negara seberang,nanti ada pula yang menyenarai hitamkan saya kerana dianggap ‘menggred-bawah’kan penyanyi tempatan. Tidak sama sekali. Antara local act yang saya tunggu-tunggu malam itu tak lain dan tak bukan Jaclyn Victor (+Lah) dan Flop Poppy. They are the stars in their own league. Salut untuk mereka, pada tiap-tiap persembahan yang saya tonton.

Saya dan rakan-rakan tidaklah mengikuti keseluruhan konsert tu. Kami cuma sampai di sana lebih kurang pukul 6 petang, sewaktu Kristal sedang membuat persembahan.Dapatlah beberapa snap penyanyi dan gitaris kumpulan Kristal,yang saya kira agak jauh, kerana niat asal untuk menjenguk sekejap saje, sebelum kami pergi makan dan sementara break untuk solat maghrib. Lebih kurang pukul 7.45 malam, kami dah beransur mencari tapak yang strategik di celah-celah lautan penonton. Yelah, kami bukannya rakan media yang datang untuk membuat liputan acara malam itu.

Acara bermula pukul 8.00 malam, segala makcik/pakcik bersama-sama anak-anak turut berada dalam lautan manusia di hadapan pentas persembahan. Kalau pada awal tadi sebelum acara bermula, masih ada ruang-ruang kosong antara kumpulan-kumpulan penonton yang datang, sebaik saja Fiq (DJ HotFM) mengumumkan bermulanya konsert pada malam itu, lautan manusia di hadapan pentas mula berasak-asak mendekati pentas.

The event goes well for the first hour. Sehinggalah saya encounter beberapa kelompok manusia yang suka saya gelarkan sebagai ‘pathetic looser’, sebab mengambil kesempatan konsert percuma ini untuk lupa diri. Dalam hingar-bingar keramaian tu, ada yang menjerit-jeritkan kata-kata yang berunsur perkauman apabila penyanyi tertentu membuat persembahan, mungkin merasakan diri mereka lebih ‘mulia’, sedangkan perilaku dan percakapannya saya lihat tak ubah seperti orang tak berakal, Walhal umurnya saya kira lebih tua dari saya, mungkin dalam lingkungan awal 30-an. Sesekali dia berteriak kepada sekumpulan budak bawah umur di belakang saya, seolah-olah menunjukkan dia boleh ‘berkawan’ dan sama naik seperti mereka. Dalam hati saya berkata-kata, “….baru sejam konsert…”

Makin konsert menginjak ke jam kedua dan ketiga, saya lihat kumpulan budak-budak bawah umur tu pula yang naik ’syeh’. Saya faham, saya juga pernah muda ( in fact, masih muda pun… =) ). Mereka menari sukaria dalam kumpulan masing-masing, enjoy dengan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi / band muzik kesukaan mereka. Biasalah, konsert. Tapi lama kelamaan mereka menari dalam keadaan di luar kawalan sehingga menolak-nolak orang lain di sekitar mereka. Sekali-dua insiden seperti itu berulang, saya kira mungkin mereka tidak sengaja dalam keseronokan mereka menikmati persembahan itu kerana beberapa orang dari kumpulan budak-budak bawah umur itu meminta maaf kepada orang sekeliling yang secara tidak sengaja menjadi mangsa tolakan kawan-kawan mereka. Lama-kelamaan, kumpulan budak-budak bawah umur itu yang pada mulanya disertai oleh remaja lelaki sahaja, disertai pula oleh beberapa orang budak perempuan.

Apabila giliran band H**** mengadakan persembahan, kumpulan budak-budak bawah umur itu makin menjadi-jadi, insiden tolak-menolak berlaku lagi dan kali ini tiada lagi maaf yang disuarakan, bahkan muka selamba saja yang di’tampal’ bila orang-orang sekeliling yang menjadi mangsa tolakan mula naik angin dengan tidak-tanduk mereka. Untuk selama lebih kurang 2 minit, tercetus sedikit kekecohan di antara beberapa orang budak bawah umur itu dengan beberapa orang dewasa yang sudah lama menahan sabar sebab ditolak-sepak oleh mereka dek kerana keseronokan tak terkawal mereka. Dalam kekecohan itu, kedengaran suara salah seorang dari mereka memberitahu ” rilek wei..rilek, diorang ni ambik ‘barang’ ” . Akhirnya, kekecohan reda bila salah seorang dari mereka yang nampak lebih waras berbanding yang lain, mengambil tanggungjawab mengajak kawan-kawannya beredar, kebetulan band kegemaran mereka hampir selesai giliran persembahannya.

Selepas pulang dari menonton persembahan itu, saya rasakan sedikit geli hati kerana mengenangkan konsert itu adalah konsert percuma. Di konsert percuma beginilah ramai remaja bawah umur bermaharajalela kerana jarang-jarang dapat peluang seperti ini. Keduanya, saya cukup tak faham dengan istilah apresiasi sesetengah golongan terhadap hiburan, bila mengenangkan ramai menggunakan ‘barang’ tak berguna untuk membolehkan mereka enjoy tahap gaban sewaktu pertunjukkan berlangsung. Ketiganya, saya tidak menolak hak mereka untuk bersukaria menari dalam kumpulan mereka, tetapi tidaklah sampai menyusahkan dan berkemungkinan mencederakan orang lain.

Sepanjang pengalaman saya menonton pelbagai konsert,aksi-aksi seperti yang saya sebutkan di atas hanya saya temui di konsert-konsert percuma, tidak konsert berbayar. Mungkin juga ketika saya di konsert berbayar, saya tidak berada di antara mereka yang tersebut di atas.

Apapun, saya sangat kesal bila mengenangkan ada kemungkinan mereka pathetic loosers tu tak dapat kawal diri sebab ‘dikawal’ oleh benda tak berguna. Saat-saat macam tu, saya selalu teringat ” aku ada adik-adik…..nanti mungkin ada anak-anak pulak…how can I be sure that they will not fall into this disaster…?”

Waktu itu, saya melihat semua ‘budak-budak bawah umur’ itu seperti adik-adik sendiri.Kalaulah boleh saya lempang, saya lempang kat situ juge - untuk menyedarkan mereka betapa bodoh dan ruginya mereka…….. Tapi dalam masyarakat kita sekarang, siapalah kita untuk membetulkan orang…..dalam hal ini, siapalah saya….

Yang paling tak dapat saya terima, macam mana saya boleh tak ada satu pun gambar sewaktu kumpulan Ungu buat persembahan… Urrggghh.. sebab mood dah kureng sikit selepas kekecohan kecik tu. Tak apelah, saya puas jugak dapat enjoy persembahan Ungu…… (Haaaaii…bilah PADI nak datang ni…..?)



OUR COMMUNITY PROJECT

Belajar Kamera

AZIEL'S PERSONAL BLOG

LIKE US?

Cherita Pictures on Facebook