Backup, backup, backup!
January 8th, 2010 | Written by: Cherita Pictures | Published in Thoughts & Tips
This entry is copied directly from Aziel’s original write up on her blog at azielazhar.cheritapictures.com . You may find the original entry HERE. This entry is also in response to our previous entry HERE.
My life as a wedding photographer taklah seronok sangat. Tak juga boring sangat. Tak juga mudah sangat, dan tak pula senang sangat. Jadi bagi sesiapa yang ingin terus membaca, jangan harapkan sesuatu yang wow atau impresive, sebab saya mungkin bukan orang yang patut anda jadikan rujukan jika anda perlukan cerita-cerita menyayat hati sehingga rasa nak komen 3-4 kali. Hihihii..Saya cuma menulis untuk mengingatkan diri saya, berkongsi dengan anda yang sudi membaca, dan mengisi masa senggang yang saya curi daripada keseluruhan 24 jam yang saya ada dalam sehari. Hey, everybody needs a break once in a while, kan?
So here it is, part 1 of apa yang saya dan Fadhil lakukan selepas selesai sesebuah assignment.
Satu masa dulu, waktu kami baru bermula, dengan hingus hijau meleleh *yaiks*, kami tidak punya banyak peralatan sokongan dan tambahan. Bila 1 CF card penuh, salah seorang akan mula cari sudut-sudut yang sesuai untuk buka laptop dan transfer isi kandungan CF card, sementara seorang lagi akan teruskan bekerja. Nak ditinggal laptop tu tak dijaga, nanti takut apa-apa perkara tak diingini pulak- orang terlanggar laptop tu ke, laptop jatuh terhempas berkecai ke, dan sebagainya *kita kan kena sentiasa berjaga-jaga, things can happen, and sometimes it happen when we least expect it*. Belum lagi hal nak cari powerpoint, lagi-lagi kalau lupa nak caj bateri laptop malam sebelumnya, atau faktor bateri-laptop-saya-tak-tahan-8-jam-sebab-laptop-saya-cap-ayam.
Kami tak prefer guna CF card berkapasiti besar seperti 10-20 GB untuk sumbatkan keseluruhan gambar-gambar daripada 1 event, sebab takut nanti kalau lah malang tiba-tiba datang *maklumlah, malang tak ada bau, minyak wangi pun dia tak pakai*, tiba-tiba corrupt pula 1 CF card tu, huuuiiiiii……tak dapat nak digambarkan penganiayaan yang berlaku ketika itu. Seram nak fikir. So, backup, backup, backup. Kalau guna filem, lain kes ya, hence, entri ini tak sesuai dijadikan panduan.
Selepas melalui zaman hingus hijau meleleh *eeuuwwww* itu, kami sekarang selalu bawa bersama sebuah alat yang dinamakan media storage viewer – digunakan sebagai storage, dan boleh juga digunakan untuk melihat gambar-gambar yang disimpan. Kami punya yang biasa-biasa saja, model lama, beli pun yang ‘tangan kedua’ je, kapasiti pun cuma 40GB. Sekarang dah banyak yang beratus-ratus GB, terpulang citarasa dan keperluan masing. Saya dan Fadhil biasanya menggunakan beberapa keping CF card berkapasiti kecil dan menggunakan media storage untuk backup ketika kami sedang bekerja. Salah seorang kami akan meminjamkan sebahagian daripada tali pinggangnya untuk disangkutkan storage tu, jadi kami mudah bergerak ke mana-mana, tak perlu lagi risau nak cari sudut atau sumber elektrik. Cuma cucuk CF card dan jalan. Jadi, kerja kami boleh diteruskan dengan mudah.. Tak gitu?
Kami jadikan satu kemestian, supaya semua gambar daripada satu-satu event itu terlebih dahulu disimpan dalam media storage viewer tu tadi. MESTI *capital letters lagi tu…
*. Bila kami dah selesai tugas dan pulang ke markas, kami akan buat sekurang-kurangnya 5 lagi backup - 2 di komputer berasingan, 3 lagi di external hard drive berasingan, dan berada di lokasi berasingan. Bermakna, untuk setiap tugasan, kami simpan 6 backup. Banyak? Sikit je tu. Pencegahan kan lebih baik daripada menepuk kepala selepas malang datang melawat
. Kami takut jika kami terkhilaf dalam kerja kami, dan kami tidak sanggup meletakkan sebarang risiko ke atas detik-detik berharga dalam hidup client kami. It’s a personal thing, therefore we treat it like our personal affair as well. Kasut hilang, boleh diganti. Kereta hilang, boleh diganti. Pelamin, khemah dan bunga-bunga hiasan, semuanya dirancang untuk bertahan selama beberapa hari saja. Tapi gambar-gambar anda, adalah untuk simpanan dan kenangan selama mana yang mungkin. Kalau gambar-gambar detik-detik berharga itu hilang, wang ringgit berpuluh ribu pun tak akan dapat mengganti yang sama dengan apa yang telah hilang. Betul kan?
All these backups will stay there selagi kami belum selesai kerja editing and deliver album/gambar kepada client. Selepas semuanya dah selesai, barulah 6 salinan backup yang kami simpan tadi berkurangan menjadi 2 (tidak termasuk salinan yang mungkin kami simpan di dalam server).
So yeah, that’s a tiny part from our workflow as wedding photographer. At some point, I must say that this part of our workflow will need to be changed as time changes, but for now, this is how we do it. That’s all for now. Let’s hope I’ll be able to continue the 2nd part of this entry – the selection process.
There you go, as promised. Kalau anda tak mahu ketinggalan bahagian seterusnya, silakan klik banner di bawah artikel ini untuk pastikan anda dapat update seterusnya dalam email anda. Dah subscribe? Bagus….
. Kita jumpa lagi bila Aziel berjaya mencuri masa sekali lagi
.





Leave a reply