header

Kisah Benar #001 - Mutual Understanding Is Essential

December 23rd, 2009  |  Written by: Aziel Azhar  |  Published in Thoughts & Tips  |  5 Comments

Jarang kami mahu berkongsi kisah benar berkaitan dengan kerja kami di sini, kerana kami seboleh mungkin tak mahu dikatakan meraih populariti dengan himpunan kisah-kisah benar yang adakalanya boleh memburukkan orang lain. Namun, kali ini kami rasa ini sangat perlu, setidak-tidaknya boleh dijadikan peringatan kita bersama, khususnya rakan-rakan seperjuangan dalam industri ini yang masih terkial-kial seperti kami. Sila bersiap sedia, kerana bila Aziel sudah mula menulis kisah benar, takut nanti anda sakit belakang duduk di kerusi sebab lama sangat nak habis baca:mrgreen:.

Nama Cherita Pictures memang tidak segah nama-nama lain dalam industri ini. Setakat ini, walaupun kami cuba photographer cabuk yang punya ‘ofis bergerak’ ke sana ke mari, tapi kami cuba sedaya-upaya menjalankan urusniaga kami dengan etika sepatutnya. Kami tidak pernah dan tidak akan menganggap sebuah tugasan adalah official/agreed selagi tidak ada dokumen yang ditandatangani antara kedua belah pihak - klien dan Cherita Pictures.

Pandanglah kami secabuk gerai yang berniaga di tepi jalan, yang lokasinya boleh ditolak ke sana ke mari, yang tidak sehebat restoran berkerusi empuk dan berhawa dingin, tapi kami tidak sewenang-wenangnya mengambil wang anda tanpa sebab dan tanpa persetujuan yang rasmi. Petang ini saya terpanggil untuk menulis pengalaman ini, yang mana ia mungkin bukan pengalaman pertama dan terakhir kami, tapi setidak-tidaknya dapat kita kongsi bersama dan jadikan panduan. Kami bukanlah sifu, jauh sekali mentor, dan kami tidak minta disanjung atau dikagumi. Cuma berharap dapat menyumbang sedikit untuk ubah persepsi masyarakat bahawa hanya yang gah dan dikagumi sahaja boleh didengar segala katanya, yang lain-lain tu cuma untuk dipijak dan ‘digula-gulakan’.

Entry kali ini berkaitan dengan sebuah assignment yang tidak pernah kami kongsikan di website ini mahupun di mana-mana supporting gallery kami yang lain. Beberapa bulan lepas, kami dihubungi oleh seorang pegawai yang mewakili sebuah institusi pendidikan, meminta kami memberikan quotation untuk sesi gambar berkumpulan - pelajar salah sebuah jabatan kolej tersebut bersama kakitangan. Seperti yang biasa kami lakukan untuk tugasan seperti ini, mula-mula kami nyatakan secara lisan sebut harga untuk kos bagi setiap 1 keping gambar yang akan di print untuk setiap pelajar berkenaan. Untuk pengetahuan anda, untuk tugasan tersebut, kami tidak mengenakan caj mengikut jumlah jam bekerja, sebaliknya kami mengenakan caj mengikut bilangan print yang diperlukan.

Kebetulan, ketika itu kami baru selesai menjalankan tugasan yang sama untuk sebuah institusi pendidikan yang lain, jadi kami nyatakan harga yang sama kepada pegawai institusi pendidikan yang menghubungi kami ini. Setelah beliau berpuas hati dengan harga yang kami sebutkan, termasuk harga untuk sebuah print saiz 8R yang berserta frame, saya pun seperti biasa menyediakan segala dokumen yang perlu ditandatangani untuk melengkapkan urusniaga kami. Itu pun, the document was not signed until the assignment day itself. When I set foot in the office, barulah pegawai berkenaan beritahu saya yang  mereka ingin pinda quotation tersebut, dengan menukar jenis frame yang diminta sebelum ini. Rupa-rupanya dia telah membuat kutipan wang untuk sesi tersebut dan terdapat lebihan daripada nilai sebenar yang diperlukan (jangan tanya saya dari mana datang lebihan wang itu, kerana itu di luar bidang tugas saya ). Nilai lebihan tersebut digunakan untuk menampung kos frame yang diminta, kerana ketika itu barulah saya diberitahu bahawa mereka mahukan frame yang special dan tidak mahukan frame yang biasa.  Fine, bagi saya tidak ada masalah, kerana pegawai tersebut yang mengkoordinasi tentang segala keputusan berkaitan dengan tugasan tersebut, jadi saya hanya menjalankan tugas berdasarkan apa yang tertulis di dalam perjanjian. Apa saja perjanjian yang dibuat oleh pegawai tersebut sepatutnya mewakili keputusan yang dibuat atau dipilih oleh pelajar dan kakitangan yang terlibat, maka ia adalah di luar bidang kuasa saya dan bukanlah tanggungjawab saya untuk mempersoalkan bidang tugas beliau. Saya pinda agreement berkenaan, right on the spot , minta pegawai tersebut tandatangan perjanjian itu dan membuat 1 salinan untuk simpanan saya (salinan asal saya berikan kepada pegawai tersebut). Saya kemudiannya diberi sejumlah 51.85% daripada jumlah keseluruhan harga servis tersebut (sekali lagi diingatkan, jumlah harga servis berkenaan adalah nilai yang dicaj untuk setiap print diganda dengan bilangan print yang diminta + harga print berserta frame - I just have to highlight this again, because some culprit purposely told the students that I’ve been charging on per-hour basis).

Pada hari berkenaan juga, Fadhil tidak dapat turut serta dalam tugasan itu, jadi saya sendiri melakukannya berseorangan. Saya sampai ke lokasi 1 jam lebih awal untuk menyediakan kelengkapan dan membuat beberapa test shoot sementara para pelajar dan kakitangan yang terlibat mengambil tempat masing-masing. Diulangi, saya datang 1 jam lebih awal, and it was my prerogative dan tidak ada bayaran tambahan dikenakan untuk itu. Saya sendiri mahu datang lebih awal supaya tugas saya dapat dilakukan dengan teratur. Setakat bawa ligthstand kiri kanan dengan beban beg 5kg dibahu, bagi saya tak ada apa yang menyusahkan, walaupun ada yang mahu menghulur bantuan, atau mungkin kasihan (atau geli:mrgreen:) melihat saya berjuraian peluh, sedangkan saya seorang perempuan (I won’t do this job if I don’t think I cant withstand all those kind of things). Ok, enough of me.

Sesi penggambaran dimulakan setelah pegawai berkenaan memberitahu saya yang dia mahukan 3 shots berbeza. Ok, tak menjadi masalah. Selesai sesi berkenaan, saya pulang dan meneruskan kerja-kerja sorting & selecting of photos. Sehari selepas tugasan berkenaan, berikut adalah email saya kepada pegawai berkenaan :

screenshot044

Beberapa hari selepas itu, pegawai tersebut menelefon saya dan bertanya jika saya dapat mempertimbangkan untuk memberi 12 keping gambar 4R dengan tanpa bayaran tambahan, untuk kakitangan mereka. Saya setuju. Bermakna, perjanjian ini sudah 2 kali di pinda - 1 secara rasmi, dan 1 secara tidak rasmi. Saya ketepikan ‘rules‘  untuk seketika, kerana saya percaya adakalanya perlu ada sedikit kelonggaran. Bila tiba masanya, saya burn ketiga-tiga shot berkenaan ke dalam sebuah mini dvd, dan serahkan dvd berkenaan berserta dengan 45 keping gambar berukuran 8R yang siap dilabel dengan nama dan logo, sekeping gambar berukuran 8R beserta frame bermotif/berkerawang yang ditempah custom, dan 12 keping gambar berukuran 4R seperti yang diminta melalui perbualan telefon. Saya sendiri yang menyerahkan semua deliverables tersebut kepada pegawai berkenaan dan tidak lupa minta beliau tandatangan dokumen Delivery Order sebagai bukti penyerahan. Saya diberi baki bayaran untuk perkhidmatan tersebut, dan saya tidak lupa untuk memberikan resit sebagai bukti pembayaran.

Lebih kurang seminggu selepas itu, pegawai berkenaan menelefon saya dengan nada suara sedikit tinggi (sikit je, atau mungkin dia tak berniat untuk meninggikan suara tapi saya je yang rasa nada suara dia lebih nyaring dari biasa:grin:), bertanyakan kenapa gambar yang siap frame tu kecil saiz nya. Aik? Saya semak agreement - betul saiz 8R, dan seingat saya waktu saya menyerahkan frame tersebut kepadanya ia masih dalam saiz yang sama dan tidak mengecil:lol: . Sewaktu penyerahan berlaku, pegawai tersebut membelek sendiri frame & gambar berkenaan dan menyatakan rasa puas hatinya. Tapi kali ini pula beliau tanya saya, kenapa frame tu bersaiz 8R, bukan 10R, dan beliau merujuk kepada email beliau yang terakhir seperti di bawah.

screenshot0461

Saya katakan padanya, saya berpandukan apa yang telah dipersetujui dalam quotation/agreement, yang mana I expect her to read and understand it thoroughly before she agrees and sign the document. Therefore, walaupun dalam email menyebut 10R, saya menganggap itu cuma satu typo, berdasarkan kepada gaya bahasa/tulisan beliau dalam beberapa correspondence kami. That’s the purpose of an agreement anyway, to put every details on paper so that both sides have mutual understanding. What do you think I prepare those papers for in the first place, kan?   Lepas tu, mungkin beliau sedar kesilapannya, jadi tidak ada lagi dispute. Tapi, selepas lebih kurang sebulan (3.26 petang tadi, to be exact), saya dapat panggilan daripada  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang pelajar yang terlibat dalam sesi berkenaan.

Lelaki itu tanya saya, berapa sebenarnya kos servis berkenaan. Saya jadi pelik. Mulanya saya fikir mungkin ini salah satu ‘taktik bijak’ pesaing di luar sana yang cuba ingin tahu bagaimana saya caj klien saya (mind you, memang pernah terjadi sebelum ini), jadi saya tanyakan lelaki itu, siapa yang menyuruh dia menghubungi saya, dan dia menyebut nama pegawai berkenaan. Aik? Saya jadi pelik. Saya tanya, kalau begitu kenapa tak tanya pada Puan N tu terus? Lelaki tu jawab, susah nak berurusan dengan Puan N. Saya dah mula tersengih seorang diri.

Saya terangkan kepada lelaki tu, saya tak boleh dan tak akan sewenang-wenangnya disclose sebarang information berkaitan urusniaga saya kepada orang yang belum pasti saya kenali, apa tah lagi tanpa pengetahuan klien. Lelaki tu macam mula nak naik berang, katanya “Kami lah client awak, bukan dia.”

Saya kata “Ya, saya tahu, tapi yang berurusan dengan saya bagi pihak kamu adalah dia, dan dia yang tandatangan semua dokumen. Jadi kalau ada apa-apa hal, kamu rujuklah pada dia”.

Kemudian lelaki itu beritahu saya hal sebenar. Katanya Puan N (pegawai yang diperkatakan sepanjang entry ini) beritahu mereka yang setiap seorang pelajar akan dapat 3 keping gambar , tapi apa yang mereka terima cuma 1 keping setiap seorang. Hmmmmm…fahamlah saya. Maknanya ini kes silap informasi, tapi bukan dari saya dan tidak berpunca daripada saya, sebaliknya masalah dalaman mereka sendiri. Saya cuma orang luar yang menyediakan perkhidmatan mengikut permintaan Puan N yang sepatutnya mewakili pelajar-pelajar berkenaan, dan saya tidak tahu menahu bagaimana Puan N menguruskannya . Sayangnya, mungkin Puan N sudah tersilap dalam tugasnya dan secara tak sengaja memberi wrong information kepada pelajar-pelajar berkenaan, tapi yang paling menarik sekali dalam isu ni, Puan N seakan-akan cuba tepis kesilapan itu kepada saya dengan menyuruh pelajar berkenaan menghubungi saya sendiri. Perlu diingatkan, sepanjang Puan N berurusan dengan saya, beliau tidak pernah minta quotation untuk 3 keping gambar bagi setiap pelajar berkenaan. Jadi, our service was delivered exactly as per stated in a duly signed agreement.

Berkali-kali saya terangkan, saya tidak melanggar sebarang persetujuan. Apa yang dipersetujui semuanya dicatat dalam dokumen berkenaan dan ditandatangai oleh kedua-dua belah pihak. Walaupun Puan N mungkin bukan pihak yang mengeluarkan perbelanjaan untuk bayaran khidmat berkenaan, tetapi Puan N telah bertindak sebagai wakil kepada mereka dan secara tidak langsung bertanggungjawab untuk menyalurkan informasi yang tepat kepada kedua-dua belah pihak. Lagipun, how am I suppose to know if the person who was talking to me on the phone  at that very moment was actually the student involved in this situation? Saya katakan kepada lelaki itu, I would show the agreement to him if I could, but in this case, I couldn’t. Instead, he could ask to see the document from Puan N.

Saya simpati juga dengan pelajar-pelajar tersebut, sebab apa yang mereka terima berbeza dengan apa yang mereka harapkan. Walau macam mana pun, menuding jari kepada saya adalah satu kesilapan besar kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, dan saya punya bukti. Melainkan pelajar lelaki tersebut dapat membuktikan bahawa dia memang salah seorang pelajar yang terlibat mengeluarkan perbelanjaan untuk perkhidmatan tersebut, mungkin ada sebab yang bagus untuk saya tunjukkan dokumen tersebut kepadanya.

Saya harap, anda di luar sana dapat pengajaran dan buat kesimpulan daripada siri pertama kisah benar ini. Ada 2 kategori kesimpulan yang boleh dibuat :

  1. Jika anda seorang klien : Sila pastikan anda baca apa saja dokumen yang perlu anda tandatangan, kerana itu adalah tanggungjawab anda sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda hanya mewakili orang lain, dan kos perbelanjaan bukan keluar dari kocek anda, jadi bertanggungjawablah kepada orang yang menanggung kos berkenaan.
  2. Jika anda seorang service provider (lebih-lebih lagi seorang photographer) : Jangan dengan senang hati menerima wang daripada klien anda tanpa ada bukti urusniaga. Lebih elok lagi, amalkan mendahulukan agreement/quotation sebelum menerima sebarang bentuk bayaran, untuk memastikan kedua-dua belah pihak benar-benar faham perkara yang sama (mutual understanding), dan jangan lupa, bukti pembayaran. Saya lihat perkara ini kurang dipandang serius khususnya oleh kebanyakan photographer sambilan, kerana pekerjaan photographer itu sendiri bukanlah perkerjaan utama mereka, jadi mengapa perlu complicated, kan? Pada pandangan saya, kalau asas urusniaga pun kamu tak boleh sediakan, kamu patut fikirkan layak atau tidak kamu melakukan urusniaga dan berbangga dengan job/assignment yang kamu ambil sebagai freelance photographer? Well, mungkin ada yang kata, “Aku seorang photographer, bukan businessman“, tapi hakikatnya, kamu adalah freelance photographer yang melalukan sendiri marketing dan closing deal antara kamu dengan client (yang biasanya adalah orang perseorangan, bukan organisasi), jadi beritahu saya, adakah adil kamu melakukan urusniaga tanpa documentation? Jika tidak, kamu sebenarnya tidak berlaku adil bukan saja kepada klien, tetapi juga kepada diri kamu sendiri. Jangan mudah gelap mata dengan duit, biar leceh sikit, asalkan selamat dan betul caranya.

Pheww…dah sakit belakang dah…?:lol:

Signing off,

~Aziel Azhar~


   

Show Comments

Leave a reply

:mrgreen: :| :twisted: :arrow: 8O :) :? 8) :evil: :D :idea: :oops: :P :roll: ;) :cry: :o :lol: :x :( :!: :?:


OUR COMMUNITY PROJECT

Belajar Kamera

AZIEL'S PERSONAL BLOG

FAN US

Cherita Pictures on Facebook